LATEST
National

Premis sembelih ayam tak patuh syarak diserbu, 22 ditahan

Premis sembelih ayam tak patuh syarak diserbu, 22 ditahan

KUALA LUMPUR: Ketidakpatuhan prosedur penyembelihan mengikut syarak dan tahap kebersihan premis dikesan dalam operasi bersepadu yang turut membawa kepada penahanan 22 individu di sebuah premis penyembelihan ayam di Jalan Tun Razak, di sini.

Baca juga: Tipu guna AI: Korea Selatan periksa semua cermin mata calon ujian kemasukan IPT

Operasi itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Imigresen Kuala Lumpur susulan aduan tular.

KPDN Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap aspek penyembelihan mengikut syarak dan kebersihan premis.

Menurutnya, susulan itu tindakan sudah diambil oleh agensi berkaitan, termasuk penahanan 22 individu oleh JIM Kuala Lumpur.

Dalam video operasi dikongsikan KPDN Kuala Lumpur turut memaklumkan pihak JAKIM mengambil tindakan kes manakala BKKM KKM turut mengeluarkan dua notis kompaun dalam operasi berkenaan.

Turut disita sebanyak 45 ayam hidup, 15 sampel ayam serta peralatan dan dokumen berkaitan bernilai RM3,800.

KPDN Kuala Lumpur berkata, operasi berkenaan mencerminkan komitmen berterusan agensi penguat kuasa dalam memastikan pematuhan undang-undang dan melindungi kepentingan pengguna.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news