Warganet Kutuk Aksi Terlebih Mesra Kael & Model Muslimah… Siap Pakai Baju Ketat & Berpelukan

Warganet Kutuk Aksi Terlebih Mesra Kael & Model Muslimah… Siap Pakai Baju Ketat & Berpelukan

Penyanyi dan bekas peserta program realiti Lagu Cinta Kita, Kael dan bekas model muslimah serta pempengaruh Engku Sulwani mencuri perhatian apabila sebuah video pendek yang dimuat naik oleh wanita itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Menerusi video berdurasi lebih 30 saat itu, Engku Sulwani kelihatan memakai baju ketat yang dipadankan dengan hijab berona unggu kelihatan mesra berpelukan bersama Kael yang hanya memakai baju tanpa lengan berwarna hitam.

Tidak habis disitu, Engku Sulwani yang juga pengasas @slovamodels turut menarik lengan Kael dan meletakkan di bahagian dadanya.

“Your arm is mine,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat tindakan pasangan terbabit yang dilihat selamba berkongsi video berunsur lucah untuk tontonan khalayak.

Malah, terdapat segelintir warganet kecewa apabila melihat bekas model muslimah ini bertindak sedemikian.

 

Scroll to Top