”Kenapa Rasa Macam Nak Free Hair Balik Ni?” – Kilafairy | Trending – Oh! Media

”Kenapa Rasa Macam Nak Free Hair Balik Ni?” – Kilafairy | Trending – Oh! Media

Trending

Kilafairy luah rasa imannya sedang diuji dan terdetik untuk free hair semula. Netizen beri sokongan padu agar dia terus istiqamah berhijab.


Pelakon terkenal, Kilafairy atau nama penuhnya Syakila Nisa Jahangir Khan mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan pergelutan dalam mengekalkan istiqamah berhijab.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, aktres berusia 33 tahun itu secara jujur mengakui hatinya kini diuji dan pernah terdetik untuk tidak lagi memakai hijab.

Kenapa rasa macam nak free hair balik ni? Tapi bila saya fikirkan semula, kenapa saya nak please manusia? Patutnya saya kena buat semuanya untuk Allah, bukan manusia.

“Istiqamah Itu Memang Susah” – Kilafairy

Bukan tu jer, Kilafairy mengakui kini lebih faham mengapa istiqamah itu bukan sesuatu yang mudah, malah turut memohon doa dari para pengikutnya.

Astaghfirullahaladzim, Ya Allah kuatkanlah iman aku. Tolong doakan saya. Hujung-hujung dah iman saya ini. Saya perlukan doa awak semua, doa mama dah tak ada.

Luahan penuh emosi itu nyata menyentuh hati ramai warganet, lebih-lebih lagi apabila dia menyebut kerinduan terhadap doa ibunya yang telah tiada.

Menangis baca mesej sokongan netizen

Kilafairy

Menerusi hantaran lain, Kilafairy turut berkongsi gambarnya sedang menangis selepas membaca mesej-mesej sokongan yang dihantar oleh netizen melalui DM (direct message).

Ini saya (sedang menangis) selepas membaca DM awak semua, I love you guys.

Rata-rata netizen menyatakan sokongan penuh dan memberi kata-kata semangat agar Kilafairy terus kuat dalam perjuangan mengekalkan penampilan berhijab.

Pssttt! Perjalanan menuju kebaikan memang penuh cabaran, apatah lagi dalam dunia penuh ujian. Teruskan berdoa dan sokong mereka yang sedang berusaha, bukan menghakimi.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top