“Iman Bukan Naik Turun, Tapi Sentiasa Keluar Masuk” – Shera Aiyob Titip Nasihat Buat Kila Fairy

“Iman Bukan Naik Turun, Tapi Sentiasa Keluar Masuk” – Shera Aiyob Titip Nasihat Buat Kila Fairy

Pelakon, Shera Aiyob tampil menitipkan pesanan buat selebriti, Kila Fairy yang sebelum ini mengakui dirinya terdetik untuk kembali ‘free hair’.

Menerusi ruangan balas di platform Threads, Shera yang merupakan isteri kepada aktor, Zahiril Adzim ini bersetuju tidak mudah untuk istiqamah terutamanya dari segi penampilan diri.

“Saya faham, nak hijrah memang mudah tapi istiqamah itu sangat susah. Kita manusia biasa, hambaNya yang lemah. Iman bukan naik turun tetapi sentiasa keluar dan masuk, jadi normal untuk rasa begitu,” katanya.

Shera atau nama lengkapnya, Nur Syahirah Aiyob, 39, berharap agar Kila untuk berfikir sejenak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan besar.

“Bila rasa sdeih atau sebelum nak buat sesuatu keputusan, selalu tanya semula diri kita ‘Allah SWT gembira tak kalau kita buat macam ni, suka tak?,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil itu mengakui dirinya diuji dengan perasaan ingin kembali tidak bertudung. 

Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, turut mengakui kini baru memahami betapa sukar untuk kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu demi Allah SWT.

Artikel Berkaitan:  “Baru Faham Kenapa Istiqamah Itu Susah” – Rasa Nak ‘Free Hair’ Kembali, Kila Fairy Mohon Dikuatkan Iman

Scroll to Top