Madammu dedah habis RM600K, belanja bulanan termasuk komitmen

Madammu dedah habis RM600K, belanja bulanan termasuk komitmen

Usahawan dan pempengaruh Madammu mengejutkan peminatnya setelah mendedahkan jumlah perbelanjaan bulanan yang terpaksa ditanggung sehingga mencecah ratusan juta ringgit.

Madammu habis RM600K

Menerusi perkongsian di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri Abd Rashid memberitahu, dirinya berhabis sebanyak hampir RM600,000 sebulan setelah ditanya berhubung perbelanjaan bulanan dan komitmen yang perlu ditanggung ketika sedang bersiaran langsung di platform media sosial itu.

Madammu habis RM600K

“Kalau belanja bulanan saya anggarkan lebih kurang RM500,000 ke RM600,000.
“Ini termasuk sekali komitmen yang perlu saya bayar, tapi tengok waktu juga sebab kadang ada waktu jumlah tu lebih sedikit kadang pula biasa sahaja,” kata Eriyca di TikTok, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Eriyca juga mendedahkan bahawa dia juga sedang berusaha untuk lebih berjimat cermat dan menasihati pengikutnya untuk rajin berusaha sekiranya meninginkan kehidupan yang lebih mewah dan selesa.

“Jumlah itu sudah termasuk komitmen sekali tapi nanti saya cuba untuk lebih berjimat cermat sedikit, doakan saya.
“Sebenarnya hidup ini mudah sahaja kalau awak nak belanja banyak, awak kena kuat dan rajin bekerja barulah boleh dapat berbelanja lebih,” jelasnya.

Madammu habis RM600K

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut mendengar pendedahan yang dibuat oleh Eriyca dan tidak menafikan bahawa dia merupakan usahawan yang berjaya dan berharta.

Malah ada juga wargamaya  cuba membandingkan jumlah perbelanjaan bulanan mereka dengan usahawan itu dan meluahkan rasa kecewa kerana jumlah gaji yang diterima tidaklah begitu besar namun terpaksa berdepan dengan tanggungan yang begitu banyak.

Belanja sebulan, boleh beli rumah

Penat cari duit

Madammu habis RM600K

Faham betapa miskinnya aku

Artikel lain: Madammu tak suka, marah anak gerak bibik bangun tidur cari seluar

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima sebanyak 244,000 tontonan dan lebih 3,600 tanda suka.

Sumber: TikTok E.LIYANA| NOIR LEADER

Scroll to Top