[VIDEO] Netizen Tegur Adira Suhaimi Kurung Kucing Dalam Sangkar – “Sempitnya… Awak Mampu Untuk Sediakan Penjagaan Lebih Baik”

[VIDEO] Netizen Tegur Adira Suhaimi Kurung Kucing Dalam Sangkar – “Sempitnya… Awak Mampu Untuk Sediakan Penjagaan Lebih Baik”

Penyanyi dan usahawan, Adira Suhaimi menerima teguran segelintir pihak yang meluahkan rasa kurang senang terhadap ‘rumah’ kucing peliharaannya yang terletak di bahagian luar kediamannya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Adira berkongsi dirinya membeli beberapa barangan keperluan kucing seperti pasir, makanan, dan sangkar.

“Tak pernah ada dalam ‘wishlist’ saya untuk jaga kucing. Apatah lagi untuk bina rumah kucing, tak. pernah terlintas di fikiran. Orang cakap jaga kucing ni sama macam jaga anak, betul ke?

“Kalau ada tips cara nak bagi kucing gemuk kongsi okay,” tulisnya di Threads.

Bagaimanapun, netizen tidak bersetuju apabila Adira meletakkan tiga ekor haiwan peliharaannya di dalam sangkar, meskipun mempunyai bumbung untuk melindungi mereka daripada panahan cahaya matahari.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang tampil menegur Adira dengan mengatakan kucing seharusnya bebas dan tidak wajar dikurung dalam sangkar.

Malah, ramai juga berpendapat pelantun lagi Ilusi ini berkemampuan untuk menjaga kucing-kucingnya dengan baik, sekali gus menyeru agar Adira tidak mengurung kucingnya.

Scroll to Top