Trending
Penceramah bebas ditahan polis lepas didakwa sebar video seks bersama empat isteri. Video dan gambar aib ditemui dalam telefon.
Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan pihak polis selepas didakwa menyebarkan video seks bersama empat isterinya, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan masyarakat.
Menurut laporan Harian Metro, isteri kedua suspek tampil membuat laporan polis pada 16 Jun lepas sebelum siasatan lanjut dijalankan.
Video seks ditemui dalam telefon bimbit dan laptop penceramah bebas
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, memaklumkan bahawa pihak polis merampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek bagi membantu siasatan.
Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek menjumpai beberapa video seks bersama isteri-isteri serta gambar mengaibkan wanita lain.
Direman 4 hari, kini dilepaskan dengan jaminan
Suspek telah direman selama empat hari bermula Rabu lalu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Setakat ini, suspek telah dibebaskan dengan jaminan sementara pihak berkuasa melengkapkan siasatan.
Pssttt! Gunakan ilmu untuk menyebar kebaikan, bukan mencemarkan maruah sendiri dan orang lain. Hormati privasi, jauhi penyalahgunaan teknologi.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.