“Anak Dah Tiada, Saya Nak Keluar Dari Senarai Penerima Zakat” – Pelakon | Oh! Artis – Oh! Media

“Anak Dah Tiada, Saya Nak Keluar Dari Senarai Penerima Zakat” – Pelakon | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Pelakon tarik diri dari menerima zakat selepas anak istimewanya meninggal dunia.


Di saat ramai berlumba-lumba memohon bantuan zakat demi kelangsungan hidup, ada pelakon yang memilih untuk mengundur diri agar bantuan itu sampai kepada mereka yang lebih memerlukan.

Menerusi perkongsian Zakat Selangor di Instagram, pelakon itu sebelum ini adalah penerima bantuan zakat kerana mempunyai anak istimewa yang sakit.

Pelakon tarik diri daripada penerima zakat lepas anak meninggal dunia

Namun selepas pemergian anak tercinta, dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada senarai penerima zakat.

Hari tu saya ambik sebab ada anak istimewa. Memandangkan dia dah tiada, insyaAllah saya dah boleh berlakon semula. Dan bahagian saya tu ada yang masih memerlukan.

Tindakannya itu nyata membuat ramai tersentuh, lebih-lebih lagi apabila dia memilih untuk membuka ruang buat insan lain menerima rezeki zakat yang lebih memerlukan.

Zakat Selangor doakan dimurahkan rezeki

Pelakon Zakat

Zakat Selangor turut meluahkan rasa terharu dan menitipkan doa agar rezeki insan seni itu terus diluaskan serta segala urusannya dipermudahkan.

Beliau memilih untuk keluar sendiri dari senarai penerima bantuan supaya bahagiannya boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Pssttt! Pengorbanan dan keikhlasan insan ini bukan sahaja wajar dihormati, malah boleh dijadikan contoh kepada kita semua bahawa dalam rezeki kita, ada bahagian untuk orang lain.

Kredit: Instagram Zakat Selangor
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top