zatuliffah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya terkejut apabila pihak forensik Indonesia meminta laporan atau gambar gigi ayah tetapi saya tidak mahu berharap kerana pernah ditipu kerana sebelum ini pernah dihubungi pihak tidak bertanggungjawab memaklumkan ayah sudah ditemui,” kata Syifa Amerah Fauzey, 25.
Syifa Amerah adalah anak kepada Fauzey Awang, 55, rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden feri karam di Selat Bali, Indonesia pada 2 Julai lalu.
Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia mula berasa tidak sedap hati selepas dihubungi pihak berkuasa dari Indonesia yang meminta gambar dan laporan gigi bapanya.
“Apabila dihubungi, saya dapat rasa ada kemungkinan jasad ayah sudah ditemui dan mereka bagi tahu ada jumpa jasad yang seakan-akan ayah tetapi kena buat pengecaman ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Saya memang sudah rasa tak sedap hati namun pada masa, saya tidak mahu berharap dan tidak putus-putus berdoa segalanya urusan dipermudahkan.
“Sebaik saya selesai membaca surah Yasin kira-kira jam 8 malam, segalanya terjawab apabila saya dihubungi pihak berkuasa memaklumkan ayah sudah ditemui dan mayatnya berada di Hospital RSUD Blambangan, Banyuwangi.
“Walaupun sedih, namun saya bersyukur apabila ayah akhirnya ditemui walaupun dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Syifa Amerah, dia bertolak ke Indonesia bersama ibunya pagi tadi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya sebelum dibawa pihak kedutaan dari Indonesia ke hospital.
“Saya kini dalam dari lapangan terbang ke hospital yang memakan masa antara empat hingga lima jam dan jenazah ayah akan dikebumikan di Banyuwangi, Indonesia.
“Memang sedih apabila saya kehilangan ayah tetapi saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.
Sebelum ini,Pasukan Identifikasi Mangsa Bencana (DVI) Polis Daerah (Polda) Jawa Timur dilaporkan sudah mengenal pasti tiga daripada empat mangsa tragedi kapal karam KMP Tunu Pratama Jaya, termasuk seorang rakyat Malaysia.
- Tragedi feri karam di Bali: Seorang rakyat Malaysia disahkan maut
- Tragedi feri Bali: 42 mangsa ditemukan, 23 lagi masih dicari
- Kami tidak akan berhenti, Indonesia ikrar terus pencarian 29 mangsa feri
- Feri karam di Selat Bali: Jika ditakdirkan ayah sudah tiada, biarlah ada…
- Kedutaan Malaysia siasat dakwaan warga Malaysia terbabit insiden feri karam
- Feri karam dipercayai berusia 25 tahun
- Tragedi feri karam: Mangsa selamat selepas terjun sebelum kapal terbalik
- Feri karam di Selat Bali
© New Straits Times Press (M) Bhd




