“Yang Paling Kuat Dalam Perkahwinan Bukan Suami Atau Isteri Tapi Yang Paling Ringan Lidahnya Ucap ‘Maaf’” – Neelofa

“Yang Paling Kuat Dalam Perkahwinan Bukan Suami Atau Isteri Tapi Yang Paling Ringan Lidahnya Ucap ‘Maaf’” – Neelofa

“Yang paling kuat dalam perkahwinan bukan suami atau isteri..”.

Demikian antara perkongsian yang dimuat naik oleh selebriti popular Norr Neeelofa mengenai alam perkahwinan.

Katanya, yang paling kuat dalam perkahwinan itu bukan suami ataupun isteri tetapi yang paling ringan antara keduanya mengucapkan kalimah ‘maaf”.

“Yang paling kuat dalam perkahwinan bukan suami atau isteri… yang paling pandai bercakap, bukan juga yang paling selalu sebut “I love you” atau “I miss you”.

“Tapi yang paling ringan lidahnya mengucap satu kalimah, iaitu ‘maaf’.

“Sebab kita manusia.. Ada kala terlepas cakap, terkasar bahasa, terlepas pandang. Tak sedar, hati pasangan kita terluka.

“Ucapan “maaf” itu kecil di lidah,bunyi simple sahaja, contoh ‘saya minta maaf atauim sorry kalau..atau maafkan saya sebab.. Tapi dialah yang paling kuat menampal retakan kecil dalam rumahtangga,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa juga menjelaskan, ucapan maaf bukan sahaja dapat mengembalikan kegembiraan atau mengubati keresahan jika berlaku pertelingkahan sesama pasangan tetapi mampu melatih hati selain mendapatkan hikmah yang besar dalam kalimah berkenaan.

“Setiap kali terasa hati, rasa jauh, rasa tak dihargai. Kadang-kadang, satu ucapan maaf itu saja yang cukup untuk ikat kembali hati suami isteri yg hampir longgar.

“Macam mana nak latih lidah dan hati kita untuk biasakan maaf dalam rumahtangga dan apa hikmah besar di sebalik kalimah ini,” jelasnya.

Neelofa berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGS) miliknya baru-baru ini.

Sekadar info, Neelofa kini sedang sibuk membuat persiapan untuk sebuah acara yang iaitu, ‘Marriage With Ihsan’ yang akan didakan di MATRADE, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Scroll to Top