Awie Akhirnya Bersuara Isu Shila Amzah Kena Herdik

Awie Akhirnya Bersuara Isu Shila Amzah Kena Herdik

Oh! Artis

Shila Amzah dakwa diserang secara verbal oleh penyanyi legenda semasa latihan konsert. Polis siasat.


Penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa diherdik oleh seorang penyanyi legenda tempatan ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 MR D.I.Y yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Shila menerusi satu hantaran di Instagram Story, di mana dia meluahkan rasa kecewa dan trauma dengan kejadian yang berlaku secara terbuka di hadapan kru produksi.

Tak sangka seseorang yang digelar legenda boleh menyerang saya di hadapan semua kru secara terbuka. Nasib baik kamu dah berumur. Tapi kamu dah cetuskan rasa cemas dan rasa tak selamat dalam diri saya.- Tulis Shila dalam hantaran tersebut.

Laporan polis dibuat Shila Amzah, siasatan sedang dijalankan…

Shila Amzah

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, satu laporan telah dibuat oleh Shila pada 10 Julai 2025 di IPD Dang Wangi dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan.

Hasil siasatan awal mendapati tiada sentuhan fizikal berlaku. Sebaliknya, serangan itu melibatkan gangguan lisan dan tekanan emosi yang dikatakan telah mengganggu kesejahteraan mental Shila.

Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan dua individu dan sedang berusaha mengenal pasti suspek sebenar yang dinamakan dalam laporan tersebut. Identiti artis yang terlibat masih belum didedahkan secara rasmi dan tiada tangkapan dibuat buat masa ini.

Awie nafi terlibat, anggap ia satu fitnah…

Dato' awie nak tampar pelakon mentega terbang

Dalam pada itu, netizen mula membuat spekulasi apabila beberapa nama besar seperti Awie, Ella, dan Amy Search turut disebut kerana mereka dijemput membuat persembahan dalam konsert yang sama.

Namun begitu, Datuk Awie tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyatakan dia tidak berada di lokasi semasa kejadian berlaku. Malah, dia juga tidak pernah bercakap dengan Shila.

Merangkaklah cari saya di akhirat nanti, fitnah tu dosa besar. Jangan main sebut saja.- Tegasnya kepada mStar.

Awie turut menyuarakan rasa kesal kerana namanya dikaitkan dalam hal ini tanpa sebarang bukti dan menganggap tuduhan tersebut sebagai satu bentuk fitnah yang serius.

Pssttt! Dalam dunia hiburan, kejadian seperti ini seharusnya menjadi peringatan kepada semua pihak agar menjaga adab dan profesionalisme, terutamanya bila bekerja dalam satu pasukan. Teguran boleh diberi, tetapi bukan dengan cara yang mengaibkan atau memberi tekanan emosi kepada orang lain.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top