Tamat Zaman Solo, Shasha Abedul Selamat Bernikah Dengan Adam

Tamat Zaman Solo, Shasha Abedul Selamat Bernikah Dengan Adam

Pelakon Shasha Abedul kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Adam dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pada Sabtu.

Mereka mendirikan rumah tangga selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh rakan rapatnya, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menerusi laman Instagram miliknya.

“Berbahagialah Shasha dan Adam. Aku akan bersamamu selalu sampai akhir hayatku,” tulis Daiyan dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, majlis akad nikah itu berlangsung di sebuah masjid dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua mempelai.

Dalam video yang dimuat naik, Shasha, 29, tampil anggun dalam persalinan serba putih yang sedondon dengan pasangannya. Namun begitu, Shasha sendiri masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi di platform media sosial miliknya.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Januari lalu, dan sejak awal memilih untuk merahsiakan identiti Adam termasuk dengan tidak mendedahkan wajahnya kepada umum.

Scroll to Top