Syam Ghaz Ketua Pengarah JKOM baharu

Syam Ghaz Ketua Pengarah JKOM baharu

farahmarshita@bh.com.my

Kuala Lumpur : Aktivis politik, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu.

Berita pelantikan itu dikongsi Perpaduan Madani Kedah menerusi hantaran di Facebook yang turut memuat naik ucapan tahniah kepada Syam.

Syam menggantikan Datuk Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatan, minggu lalu selepas lebih setahun memimpin jabatan berkenaan.

Ismail dilantik Januari tahun lalu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatannya pada September 2023.

Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac 2023 bagi mengisi kekosongan jawatan itu sebelumnya disandang Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top