“Amy Search Ceritalah Benda Betul, Senak Dada Aku Jawab Hal Kau!” – Awie

“Amy Search Ceritalah Benda Betul, Senak Dada Aku Jawab Hal Kau!” – Awie

Susulan terpalit dengan insiden yang menyebabkan penyanyi popular Shila Amzah mengalami anxiety akibat diserang oleh penyanyi legenda baru-baru ini, Datuk Awie tampil menyeru individu yang dimaksudkan dalam isu tular tampil memberikan penjelasan sebenar.

Kata Awie menerusi hantaran di Facebook, dia meminta penyanyi Datuk Amy Search yang popular menerusi lagu Pawana itu tampil mengambil tanggungjawab tersebut dan memberitahu hal sebenar kepada khalayak.

Jelasnya, dia enggan orang lain di luar sana terus menuduhnya melakukan perkara tersebut.

Terdahulu, Awie menerusi temu bual bersama media menjelaskan, dia tidak tahu menahu mengenai isu tular tersebut sekaligus menjelaskan ketika insiden berkenaan berlaku, dia tidak ada di lokasi kejadian kerana terlibat dalam tuntutan kerja yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN:Awie Nafi Terlibat Insiden ‘Serang” Shila Amzah – “Merangkaklah Cari Aku Kat Mahsyar”

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Syukur Konsert Berjalan Lancar… Siap Ucap Terima Kasih Pada Awie, Jaclyn & Ella

Scroll to Top