Pelakon dan penerbit, Che Puan Sarimah Ibrahim kecewa apabila anak perempuannya, Tunku Sofia Najihah Tunku Nadzimuddin menjadi mangsa buli termasuklah ‘body shaming’ penampilannya.
Kata Sarimah menerusi sesi podcast bersama Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, sebagai ibu dia adalah sosok paling tepat untuk memberikan kata-kata semangat buat anaknya itu supaya tidak berasa ‘down’.
“Sekarang orang dah mula buli dan body shaming anak saya.
“Walaupun umur belum cecah enam tahun lagi, dah ada orang komen-komen pasal rambut dia dan penampilannya yang bercermin mata.
“Jadi, saya yang kena bagi dia kata-kata semangat untuk abaikan kata-kata orang dan sentiasa ingat ‘you are you’. Awak cantik, as you are,” katanya.
Dalam pada itu, Sarimah juga menjelaskan, kanak-kanak yang masih berusia lingkungan enam tahun seperti anak perempuannya berhak menjalani proses dan fasa tumbesaran mereka.
Bukan disogok atau diajar dengan melihat kepada penampilan luaran sahaja dek kerana itu bukanlah penanda aras sama ada orang itu cantik, bijak dan berjaya pada masa akan datang.
“Semua yang diluaran ini tidak memberikan gambaran sama ada kita cantik, successful… itu sementara sahaja.
“Sebab dia (kanak-kanak ini ) akan berubah. Itulah zaman kanak-kanak.
“Takkan lah saya nak solek dia dan suruh membesar terlalu cepat. Dia budak, berilah dia jadi budak,” jelasnya.
@kitakitaajepodcastBaru 6 tahun… tapi dah jadi mangsa body shaming? Ini bukan sekadar komen. Ini anak kecil yang baru kenal dunia, tapi dah dihukum oleh netizen yang tak berfikir. Kalau ini anak anda… apa perasaan anda? Kita bincang terus-terang. Eksklusif di Kita-Kita Aje Podcast. 📆 Khamis | 10 Julai 2025 ⏰ 8:00 malam Follow & Subscribe Youtube dan Spotify rasmi Kita Kita Aje! Podcast sekarang! #KitaKitaAjePodcast #SarimahIbrahim #PodcastViral♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast




