Akhirnya Pengasas eHATI Dan 6 Individu Direman! Program Motivasi Rumah Tangga Kini Jadi Kes Polis | Trending – Oh! Media

Akhirnya Pengasas eHATI Dan 6 Individu Direman! Program Motivasi Rumah Tangga Kini Jadi Kes Polis | Trending – Oh! Media

Enam individu termasuk pengasas program motivasi eHATI dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk proses reman.

Menurut laporan Kosmo, mereka tiba sekitar jam 10 pagi sebelum dibawa masuk sejam kemudian dengan kawalan ketat anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah.

Difahamkan, pengasas dan suaminya telah ditahan di pekarangan IPD Petaling Jaya semalam.

Polis siasat 3 jenis kesalahan

 7498

Menurut laporan sebelum ini, polis sedang menumpukan siasatan terhadap tiga jenis kesalahan melibatkan program eHATI.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa kes kini diklasifikasikan di bawah:

  • Seksyen 294 Kanun Keseksaan – berkaitan perbuatan lucah di tempat awam
  • Seksyen 504 Kanun Keseksaan – penghinaan dengan niat membangkitkan pecah keamanan
  • Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil – berkaitan kelakuan menjengkelkan di khalayak ramai

6 individu termasuk pengasas eHATI direman

Ehati

Proses reman kesemua individu terbabit dijalankan di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Setakat ini, pihak berkuasa masih meneruskan siasatan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses undang-undang.

Pssttt! Setiap program motivasi harus dijalankan dengan integriti dan mematuhi batas undang-undang. Elakkan eksploitasi atas nama kebahagiaan rumah tangga.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top