Penyanyi Datuk Amy Search membuat laporan polis terhadap Shila Amzah berhubung kejadian tular, baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Amy mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu anak guamnya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, malam tadi.
BACA: Amy Search, Isteri Hadir Ke IPD Shah Alam Jadi Tumpuan
“Amy memfailkan laporan terhadap Shila Amzah dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan laporan dibuat Amy, malam tadi lebih kepada laporan balas dibuat Shila sebelum ini.
“Ya ada (laporan polis), tapi lebih kepada ‘covering report’ dan penafian, laporan dirujuk ke IPD (Ibu Pejabat Polis) Dang Wangi,” katanya.
Terdahulu, Shila embuat laporan polis pada 10 Julai lalu mendakwa diserang penyanyi legenda ketika sesi latihan sebuah konsert.
Polis berkata rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang penyanyi legenda berkenaan.
Sumber: Harian Metro




