Pengasas eHATI Bukan Kaunselor Yang Sah, Boleh Didenda Dan Penjara Langgar Akta | Trending – Oh! Media

Pengasas eHATI Bukan Kaunselor Yang Sah, Boleh Didenda Dan Penjara Langgar Akta | Trending – Oh! Media

Trending

Lembaga Kaunselor Malaysia sahkan pengasas eHATI bukan kaunselor berdaftar.


Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) tampil memberikan penjelasan tegas berhubung isu tular yang melibatkan program motivasi rumah tangga eHATI.

BACA: Polis Sahkan Ada Aktiviti Bog*l Masa ‘Queens Night’, Program Motivasi RM9,000

LKM berkata, pengasas eHATI, Diyana binti Tahir, bukanlah seorang kaunselor berdaftar seperti yang didakwa.

Diyana Tahir tiada lesen sah!

Diyana Tahir Ehati

Pihak LKM memandang serius berkenaan isu tular yang dikatakan dibuat oleh kaunselor bertauliah. Namun, semakan dan siasatan mendapati Diyana Tahir tidak pernah mendaftar atau memiliki tauliah sah.

Jelasnya, perkhidmatan kaunseling hanya boleh dibuat oleh kaunselor berdaftar seperti dinyatakan dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Guna gelaran kaunselor tanpa tauliah boleh didenda RM30,000 atau penjara!

Motivasi

Mengikut seksyen 22(1) akta tersebut, tiada seorang pun boleh:

a) Mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan atau mengemukakan dirinya sebagai mengamal atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor
b) Menggunakan gelaran ‘kaunselor berdaftar’ atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau
c) Menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar

Perkongsian penuh:

Sesiapa yang melanggar kesalahan subseksyen (1) boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pssttt! Kes eHATI ini jadi bukti bahawa gelaran ‘kaunselor’ bukan boleh diguna sesuka hati, apatah lagi melibatkan program sensitif seperti rumah tangga dan emosi peserta. 

Kredit: Facebook Lembaga Kaunselor Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top