Aubameyang mahu tinggalkan Liga Saudi

Aubameyang mahu tinggalkan Liga Saudi

Arab Saudi: Pierre-Emerick Aubameyang menyertai Al-Qadsiah dari Marseille untuk tempoh dua tahun bermula awal musim lalu selepas kelab itu berjaya naik ke Liga Pro Saudi.

Bagaimanapun dia memutuskan untuk menamatkan kontraknya lebih awal, dengan laporan mengatakan Aubameyang mungkin akan kembali ke Perancis sebagai ejen bebas.

Aubameyang menjaringkan 21 gol dalam 36 penampilan untuk Al-Qadsiah, 17 daripadanya dalam saingan liga – menjadikannya penjaring keenam tertinggi dalam Liga Pro Saudi.

Aubameyang membantu Al-Qadsiah menamatkan saingan divisyen dua di tempat keempat dan mara ke final Piala Raja Saudi, sebelum tewas kepada Al-Ittihad.

Pemain 36 tahun itu sempat semusim bersama Marseille selepas berpindah dari Chelsea pada Julai 2023.

Dia membuat 51 penampilan dalam semua pertandingan, menjaringkan 30 gol dan membantu 11 lagi pada kempen berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top