Penyanyi bersuara emas, Mamat Exists memberi bayangan bakal kembali menggegarkan industri muzik tanah air menerusi dua projek besar iaitu konsert solo dan reunion bersama kumpulan legenda Exists.
Menurut laporanĀ Kosmo, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin berkata yang perancangan sedang giat dijalankan, termasuk perbincangan bersama label antarabangsa.
Saya dan pihak pengurusan sedang berbincang dengan pihak label antarabangsa untuk projek terbaharu.
Kalau semuanya dipersetujui, kita akan umumkan dalam satu sidang media rasmi tidak lama lagi.
Single baharu tertunda, tapi tetap akan lancar

Mamat turut memaklumkan bahawa pelancaran single baharu yang dirancang selepas Aidilfitri terpaksa ditunda sedikit akibat komitmen peribadi, namun beliau yakin lagu tersebut akan menemui peminat dalam masa terdekat.
Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan lancarkan juga.
Exists rancang reunion dan mungkin ada konsert percuma

Dalam masa sama, Mamat turut mendedahkan bahawa Exists juga sedang dalam fasa awal merancang konsert reunion, dan menariknya ada kemungkinan akan mengadakan konsert percuma sebagai pemanas badan!
Untuk Exists, kita ada bincang tentang reunion konsert. Malah mungkin akan ada āfree concertā dulu sebagai promosi awal.
Pssttt! Setiap insan layak diberi peluang kedua untuk bangkit. Semoga Mamat terus kuat, dan perjalanan seninya kembali menyinar seperti dahulu. Peminat setia pasti menanti!
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.