Dua kanak-kanak lelaki lemas terjatuh dalam parit

Dua kanak-kanak lelaki lemas terjatuh dalam parit

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kanak-kanak berusia 12 dan 9 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, pihaknya terdahulu menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 malam dan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan terdapat dua mangsa terdiri daripada kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 9 dan 12 tahun telah terjatuh ke dalam parit.

“Kedua-dua mangsa dikenali Che Syazwan Irwan Shah, 12 dan Arshidayan Arijanto, 9 ditemui dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top