Ikhlas.com realisasi impian 1,000 asnaf ke Tanah Suci

Ikhlas.com realisasi impian 1,000 asnaf ke Tanah Suci
PENGERUSI Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (depan, empat dari kiri) dan Ikhlas (belakang, dua dari kiri) bersama kumpulan pertama jemaah Umrah 1,000 Asnaf. -Foto: NEWSROOM.AIRASIA.COM

PENGERUSI Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (depan, empat dari kiri) dan Ikhlas (belakang, dua dari kiri) bersama kumpulan pertama jemaah Umrah 1,000 Asnaf. -Foto: NEWSROOM.AIRASIA.COM

IMPIAN sebahagian golongan asnaf untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci menjadi kenyataan apabila platform gaya hidup dan kembara mesra Muslim, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menjayakan program ‘Umrah 1,000 Asnaf’.

Program itu menyaksikan kumpulan pertama seramai 15 individu asnaf berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) baru-baru ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada 1,000 asnaf yang disasarkan menerima tajaan penuh untuk menu-naikan ibadah umrah termasuk kos pasport, vaksinasi, visa, penerbangan pergi dan balik menerusi AirAsia serta pakej umrah lengkap dan selesa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ikhlas Kamarudin menjelaskan, pihaknya kini menyusun jadual keberangkatan lebih ramai peserta terpilih.

“Kami sedang mengatur jadual keberangkatan untuk kira-kira 200 jemaah asnaf untuk pelepasan seterusnya dan menjangkakan sejumlah 1,000 asnaf dapat mencapai impian mereka mengerjakan umrah sebelum berakhirnya musim Umrah 1447H tahun depan,” katanya dipetik menerusi portal newsroom.airasia.com.

Jelas beliau, inisiatif itu turut membuka peluang kepada syarikat korporat untuk turut sama menyumbang.

“Badan korporat yang ingin menyumbang kepada inisiatif Umrah 1,000 Asnaf boleh berhubung terus dengan kami agar lebih ramai lagi golongan asnaf ke Tanah Suci pada musim umrah akan datang,” katanya.

Program Umrah 1,000 Asnaf diperkenalkan bersempena ulang tahun kelima ikhlas.com sebagai satu usaha memperkasa komuniti setempat dalam mengenal pasti golongan asnaf yang layak, seterusnya merealisasikan impian mereka melaksanakan ibadah umrah.

Scroll to Top