Wanita Mohon Hentikan Guna Lagu ‘Dame Un Grrr’, Dakwa Lirik Penuh Dengan Godaan Maksiat | Oh! Islam – Oh! Media

Wanita Mohon Hentikan Guna Lagu ‘Dame Un Grrr’, Dakwa Lirik Penuh Dengan Godaan Maksiat | Oh! Islam – Oh! Media

Oh! Islam

Trend lagu yang telah menjadikan ikutan ramai, namun masih ada yang tak tahu maksud disebalik lagu ini!


Lagu ‘Dame Un Grrr’ adalah hasil kolaborasi penerbit muzik dari Romania, Fantomel dan penyanyi Kate Linn yang telah menjadi tular di TikTok dan mendapat perhatian meluas.

Lagu berdurasi dua minit ini menggabungkan genre Latin Pop dan Dance-Pop dengan lirik dalam dua bahasa juga iaitu Sepanyol dan Inggeris. Setakat hari ini, muzik video rasmi lagu ‘Dame Un Grrr’ itu telah meraih hampir 12 juta tontonan.

Di sebalik kerancakan trend lagu ‘Dame Un Grrr’ ini, ramai tidak menyedari rupanya terdapat unsur yang HARAM

Kate Lin Dame Un Grrr
Kredit foto Fantomel

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Tehania mendakwa bahawa lagu ini secara jelas menjurus ke arah perbuatan maksiat, selain mengandungi lirik dan maksud tersirat yang berkait dengan godaan dan nafsu seksual.

BACA: Wanita Dedah Maksud Sebenar Lagu ‘Khun Sai’, Dakwa Ada Unsur Syirik

Contohnya, verse lirik you taste so good, like dulce de leche, pull me close like telenovela, Dame un grr…

Nasihat Lagu Dame Un Grrr
Kredit foto Tiktok Tehania

Tehania juga menyeru kepada masyarakat untuk menyampaikan mesej ini kepada orang ramai dan bersama-sama mencegah yang haram serta lebih banyak mengamalkan kebaikkan.

Pssttt! Sebagai umat Islam, kita wajar lebih peka dalam memilih trend hiburan, khususnya lagu yang liriknya boleh melalaikan dan menjauhkan kita daripada nilai yang telah Islam ajarkan.

Kredit: Tiktok Tehania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top