Polis serbu parti liar, penuntut IPTS antara ditahan

Polis serbu parti liar, penuntut IPTS antara ditahan

mhafis@mediaprima.com.my

Subang Jaya: Kelekaan sekumpulan penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berhibur sambil mengambil dadah dalam satu parti persendirian di sebuah banglo di daerah ini mengundang padah apabila diserbu polis tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menjalankan serbuan itu jam 12.30 tengah malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seramai 38 individu membabitkan 25 warga tempatan dan 13 warga asing berusia 18 hingga 27 tahun – rata-ratanya penuntut IPTS – menyertai parti liar itu.

“Dalam serbuan terbabit, polis menahan empat lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 25 tahun yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Sebanyak 6.5 gram disyaki ganja dan 1.7 gram disyaki ketamin dirampas dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataannya malam ini.

Wan Azlan berkata, kesemua individu terbabit dibawa ke BSJN IPD Subang Jaya untuk menjalani ujian air kencing dan seramai sembilan warga tempatan dan tiga warga negara asing didapati positif dadah.

“Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top