Di mana Saranraj?

Di mana Saranraj?

mhafis@mediprima.com.my

Serdang: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki, Saranraj Subramaniam, 25, yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dikesan di sekitar kawasan Jalan Kuari, Sungai Long, Hulu Langat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan kejadian orang hilang (OH) jam 11.24 malam, 17 Julai lalu.

Menurutnya, mangsa berkulit gelap, tinggi 178 sentimeter dan berat 63 kilogram.

“Pakaian terakhir yang dipakai mangsa ialah baju T-shirt berwarna hitam merah dan seluar panjang biru serta menunggang sebuah motosikal jenis Honda RS150 warna putih dengan nombor pendaftaran VKR7543.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu terbabit untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Sukri Che Mat di talian 03-80762222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top