Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menitipkan pesanan kepada para suami supaya tidak kedekut dengan isteri serta berpendapat rezeki suami disebabkan berkat doa isteri tercinta.
Menerusi podcast Sembang Seram, Ifa bagaimanapun berkata perlu mengikut kemampuan diri dan tidak membandingkan dengan orang lain.
BACA: Ruhainies Tarik Diri Sertai Festival Jualan Raya – Ifa Raziah
“Suami jangan kedekut dengan isteri. Rezeki yang awak dapat adalah disebabkan berkat doa isteri. Jika suami kedekut dan berkira dengan isteri, rezeki suami akan tertutup. Tetapi kena ikut kemampuan diri, jangan bandingkan dengan orang lain,” katanya.
Sementara itu, Ifa berkongsikan suaminya tidak pernah kedekut serta bersikap murah hati dan sentiasa memenuhi permintaannya.
“Suami saya tak pernah kedekut. Saya minta beg LV, dia belikan. Nak jam Rolex, pun dia belikan. Saya teringin sebab tak pernah ada jam mahal. Jam itu dia belikan dekat Mekah masa kami pergi umrah sama-sama. Berkat pergi umrah,” katanya.
Dalam pada itu, Ifa juga berkata restu daripada suami juga penting buat isteri untuk memastikan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
“Kena ingat, kalau awak berjaya bukan sahaja sebab doa ibu, tetapi juga doa isteri. Kalau di belakang tiada ibu dan isteri, mungkin awak takkan ada di tempat sekarang. Saya pun begitu, kalau tiada suami dan ibu serta restu mereka, saya tak akan sampai ke tahap ini,” katanya.