syafil.syazwan@hmetro.com.my
Shah Alam: Semakin hampir dengan tarikh bersalin, pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall berdoa agar proses kelahiran anak ketiganya itu diberikan kelancaran.
Walaupun doktor memberikan tarikh jangkaan dia akan bersalin pada 22 September ini, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin perlu bersiap sedia lebih awal.
“Doakan sebab saya pun dah nak bersalin kan, dah dekat dah tarikh jangkaan iaitu 22 September. Tinggal lagi beberapa minggu saja.
“Mungkin sebulan pun tak sampai sebab kita pun tak pasti. Kita minta doakan yang terbaik. Insya-Allah.
“Walaupun tarikh jangkaan pada 22 September ini, tapi doktor cakap mungkin kena bersiap sedia pada penghujung Ogos atau awal September,” katanya.
Ditanya mengenai proses kehamilan cahaya mata hasil perkongsian dengan suami yang juga pempengaruh, Khairul Aiman Abdul Kudus atau Aiman Tak Kesah, Siti berkata, kehamilan kali ini lebih mencabar.
“Dah masuk ke lapan bulan. Alahan macam biasalah. Trimester pertama memang teruk dan perjalanan mengandung kali ini agak mencabar sebenarnya.
“Allah yang izinkan. Dia beri saya ujian ini sebab Dia tahu saya mampu untuk hadap. Alhamdulillah saya juga bersyukur sebab sampai dah lapan bulan saya berjaya bawa anak ini,” katanya.
Memandangkan ini adalah anak perempuan pertamanya, Siti turut berkongsi rasa teruja melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran bayi itu.
“Saya memang jenis akan siapakan awal semua benda. Jadi ada membeli-belah dan sebagainya. Kita dah siap dah. Tak payah tunggulah. Insya-Allah,” katanya.
Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019, namun rumah tangga mereka berakhir tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.
© New Straits Times Press (M) Bhd

