Perkongsian pelakon Zarina Zainuddin menjadi bualan ramai apabila memuat naik video mengalunkan selawat Tafrijiyyah di media sosial miliknya mengundang pelbagai reaksi.
Memetik BH Online, Zarina mengakui suaraya tidak sedap namun tujuan dia berkongsikan video itu adalah untuk mengajak orang ramai berselawat .
BACA: Pertama Kali Puasa Tanpa Ibu, Zarina Zainuddin Sediakan Sushi Buat Sky Bersahur
“Saya hanya mahu mengajak orang untuk berselawat, tidak semestinya untuk berselawat perlu suara sedap, betul tak?
“Saya mengaku suara saya tak sedap. Tetapi, untuk yang kutuk itu, cuba mereka pula berselawat. Entah-entah mereka yang kutuk ini langsung tidak hafal atau tak lancar.
“Mereka mengata orang sahaja pandai. Sekurang-kurangnya, apabila saya muatnaik video itu akan mengajak orang lain untuk berselawat sekali,” katanya.
Sementara itu, Zarina berkata video selawat tersebut mempunyai versi penuh menampilkan penyanyi dan guru mengajinya dari Brunei.
“Tetapi, saya sudah keluarkan video selawat seorang. Jadi, itu yang nampak sumbang apabila seorang diri dan suara saya memang tak sedap,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina berkata segala teguran dan kritikan netizen dia menerima dengan hati terbuka kerana apa yang dilakukannya untuk ketenangan.
“Biarlah orang mahu cakap apa sekalipun, saya bersyukur… Alhamdulillah. Untuk (netizen) yang tegur itu, saya terima sahaja. Saya buat hanya untuk diri sendiri supaya dapat rasa tenang,” katanya.
Sumber: BH Online