Isu layang-layang 'pembunuh', DBKL sentiasa peka

Isu layang-layang 'pembunuh', DBKL sentiasa peka

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai perlu sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan semasa menjalankan aktiviti riadah termasuk bermain layang-layang terutama di kawasan berhampiran jalan raya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang penunggang motosikal cedera selepas terkena tali layang-layang yang merentang tengah jalan berhampiran Taman Metropolitan Kepong, di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan tadi berkata, pihaknya mempergiatkan pemantauan aktiviti di kawasan berkenaan bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai sentiasa terpelihara.

Menurutnya, pihaknya juga sudah meletakkan papan tanda amaran keselamatan di sekitar kawasan taman bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya.

“Orang ramai diseru sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan semasa menjalankan aktiviti riadah, termasuk aktiviti bermain layang-layang terutama di kawasan berhampiran jalan raya atau laluan trafik.

“Keutamaan harus sentiasa diberikan kepada keselamatan diri dan orang sekeliling,” katanya.

Kelmarin media melaporkan, polis sudah membuka kertas siasatan susulan penunggang motosikal cedera akibat terkena tali layang-layang yang merentang di tengah jalan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top