Pelakon dan usahawan Wawa Zainal tampil memohon maaf sekiranya dia secara tidak sengaja ada menyakiti hati mana-mana pihak.
Memetik Harian Metro, Wawa berkata dia pernah berdepan gangguan mistik dan ianya masih berterusan sehingga ke hari ini serta sering diduga dengan masalah kesihatan.
BACA: Wawa Zainal Sedih Kak Batik Hayla Dihina Tak Sedap
“Ada juga kami bertanya kepada pakar yang berkaitan. Masih ada saja (gangguan). Tak tahulah bila benda ini akan berakhir. Mungkin saya selalu sakitkan hati orang atau apa, saya pun tak pasti.
“Di sini juga saya nak minta maaf kalau saya ada tersakitkan hati sesiapa atau ada yang berdendam dengan saya. Saya minta maaf,” katanya.
Dalam pada itu, Wawa berkata dia ada menjalani pemeriksaan kesihatan serta melakukan amalan al-Quran, solat dan zikir. Dedah Wawa lagi, jika sebelum ini dia jarang demam namun kini setiap tahun mudah demam.
“Itulah yang saya buat. Mungkin sebab saya pun dah berusia 30 tahun lebih. Jadi, keadaan kesihatan pun tak samalah macam dulu.
“Kalau sebelum ini, 10 tahun sekali baru demam. Sekarang setiap tahun demam. Biasanya kalau saya sakit, Aeril terus bawa saya ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya.
Sumber: Harian Metro