asyikin.mat@hmetro.com.my
Ada individu berminat memelihara haiwan peliharaan, tetapi tidak mengetahui jenis yang sesuai untuk dipelihara.
Ikan perhiasan adalah salah satu yang boleh dipertimbangkan kerana secara keseluruhan penjagaannya lebih mudah dan menjimatkan kos.
Langkah awal yang boleh dilakukan ialah membuat pencarian maklumat di internet mengenai ikan perhiasan sebagai persediaan sebelum memeliharanya.
Lima kelebihan memelihara ikan peliharaan:
1- Kurang tekanan
Ada kajian antarabangsa mendapati, melihat ikan peliharaan dalam akuarium selama lima minit dapat mengurangkan rasa gelisah.
Faktor lain ialah warna-warni yang cantik pada ikan hiasan itu memberi ‘kuasa’ terapi kepada mereka yang melihatnya.
2- Meningkatkan kualiti tidur
Tekanan boleh menjejaskan kualiti tidur dan membuatkan tidur tidak nyenyak.
Jika keadaan ini berterusan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Salah satu solusi adalah dilakukan ialah memasang akuarium ikan perhiasan dalam bilik.
3- Menurunkan tekanan darah
Kajian antarabangsa mendapati tekanan darah orang yang melihat akuarium turun agak ketara.
Perubahan ini berlaku dalam tempoh lima minit pertama selepas melihat ikan perhiasan dalam akuarium.
Satu lagi kajian University of Exeter, United Kingdom mendapati denyut jantung orang yang melihat akuarium ikan perhiasan menurun tiga peratus.
4- Meningkatkan fokus dan kreativiti
Memasang akuarium ikan perhiasan di sudut ruang kerja mempunyai impak yang membantu meningkatkan fokus dan kreativiti.
Visual dan pergerakan ikan perhiasan yang pelbagai warna serta spesies memiliki kesan terapeutik (menenangkan fikiran).
5- Mudah dijaga
Tidak semua penjagaan ikan perhiasan rumit kerana ada banyak pilihan yang mudah dijaga.
Ikan air tawar antara ikan perhiasan mudah dijaga berbanding ikan air masin.
© New Straits Times Press (M) Bhd