Sebelum ini tular isu melibatkan seorang pemilik gerai yang didakwa meminta pekerjanya berkongsi duit sumbangan yang diberikan oleh seorang content creator popular, Cikgu Shaari.
Isu itu menjadi hangat apabila pekerja tersebut bukan sahaja ditegur, malah turut diberhentikan kerja gara-gara enggan berkongsi sumbangan yang diberi.
BACA: Pemilik Gerai Dikecam Minta Staf Bahagi Duit ‘Sumbangan’ Content Creator, Siap Pecat Pekerja?
Terbaharu, Cikgu Shaari sendiri tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memperjelaskan situasi sebenar dan membersihkan kekeliruan yang timbul.

Buat content saya jumpa Nabila, saya bercakap dengan dia. Ini kenyataan rasmi daripada saya, pemberian daripada saya hanya untuk Nabila. Saya tak ada niat minta dia share dengan siapa-siapa pun. Faham eh? Dengar elok-elok.
Jelas beliau, sumbangan yang diberi adalah khusus untuk pekerja gerai tersebut, dikenali sebagai Nabila, dan tiada sebarang arahan untuk dikongsikan dengan pihak lain, termasuk majikan atau rakan sekerja.
Tambah Cikgu Shaari lagi, beliau ada bercakap dengan Nabila selepas kejadian berlaku dan menghormati permintaan gadis itu yang enggan isu ini diperbesar atau dipanjangkan.
Ini adalah permintaan daripada Nabila sendiri yang minta saya, “Cikgu, saya tak nak panjangkan isu ni, tak nak besarkan isu ni”
Sebelum ini, pemilik gerai tampil memohon maaf selepas dikecam ramai.
Dia juga menafikan dakwaan pilih kasih sebaliknya percaya rezeki di tempat kerja patut diraikan bersama bukannya secara individu.
Dengan penjelasan yang dibuat Cikgu Shaari, diharapkan semua pihak dapat memahami situasi sebenar dan tidak lagi menimbulkan kekeliruan atau spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.