PN beri bayangan hantar usul undi tidak percaya terhadap PM dalam masa terdekat

PN beri bayangan hantar usul undi tidak percaya terhadap PM dalam masa terdekat

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata usul itu akan dipertimbang untuk dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul dalam masa terdekat.

“Tak apa, tunggulah. Kita akan lakukan nanti. Takkan kita nak sebut (bila akan hantar usul berkenaan,” katanya ditemui pemberita pada Himpunan Pembangkang di Dataran Merdeka, hari ini.

Hamzah mengulas kenyataan Perdana Menteri pada Isnin lalu, tidak gentar bahkan bersedia berdepan jika pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen.

Menurut Anwar, beliau ada memaklumkan kepada Johari supaya membenarkan usul sedemikian sekiranya ada dikemukakan di Parlimen.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top