Anak Zainal Abidin Trauma, Dakwa Tempuh Pengalaman Dihalau Keluar Rumah Bersama Ibu & Abang

Anak Zainal Abidin Trauma, Dakwa Tempuh Pengalaman Dihalau Keluar Rumah Bersama Ibu & Abang

Anak kepada penyanyi legenda, Datuk Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel menyorot perhatian ramai apabila mendedahkan dia pernah mengalami trauma selepas dihalau keluar dari rumah bersama ibu dan abangnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Timur Gabriel berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia baru berumur tujuh tahun.

Malah, pengalaman insiden berkenaan membuatkan mereka trauma apatah lagi pada ketika itu mereka tidak mempunyai wang untuk meneruskan kehidupan.

“Saya dilahirkan dalam keluarga sederhana yang kehidupannya sangat selesa. Tetapi malang sekali kejadian yang tidak diingini terjadi.

“Saya, ibu dan abang pernah dipaksa meninggalkan rumah keluarga kami. Masa tu, umur saya baru 7 tahun.

“Kami hampir tidak mempunyai apa-apa untuk teruskan hidup dan itu adalah pengalaman yang sangat mengejutkan dan membuatkan kami trauma,” katanya.

 

Dalam pada itu, Timur menjelaskan ramai yang  menyangka dia lahir dalam keluarga yang berada, namun hakiktanya dia bersama ibu dan abangnya terpaksa melalui hari-hari yang sukar apatah lagi selepas ibunya disahkan menghidap kanser.

“Ramai orang yang tidak begitu mengenali saya sering menyangka bahawa saya dibesarkan dalam keluarga yang kaya, berada dan menjalani kehidupan yang mudah.

“Tetapi hakikatnya sebahagian besar hidup saya dihabiskan dengan mencari jalan untuk memastikan keluarga saya selamat dan bahagia.

“Dan semua tekanan itu akhirnya menyebabkan ibu menghidap kanser, namun dia berjaya melawan penyakit itu dan terus hidup,” jelasnya.

Tambahnya, pengalaman dan ujian yang dihadapinya membutakan dia bekerja keras untuk memberikan kehidupan terbaik buat keluarga kecilnya itu.

“Masa usia saya 10 tahun, saya beritahu ibu yang saya akan membelikan dia sebuah rumah yang cantik.

“Masa tu, dia tak perlu risau pasal sewa, dan tak perlu bergantung pada mana-mana lelaki,” tegasnya.

 

Scroll to Top