PM Anwar ucap terima kasih kepada petugas, doakan peserta himpunan selamat pulang

PM Anwar ucap terima kasih kepada petugas, doakan peserta himpunan selamat pulang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap terima kasih kepada petugas keselamatan dan sukarelawan yang terlibat dalam memastikan kelancaran himpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini berjalan dengan aman dan tertib.

PM Anwar ucap terima kasih kepada petugas

Memetik perkongsian yang ditulis di media sosial, Anwar menzahirkan penghargaan tersebut kepada semua yang terlibat sehingga perhimpunan anjuran pembangkang itu selepsa sekitar jam 5.10 petang tadi.

“Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini,” tulisnya.

terima kasih kepada petugas

PM Anwar ucap terima kasih kepada petugas

Dalam masa sama, beliau turut menitipkan doa buat para peserta yang hadir menyuarakan pandangan dan solidariti agar dipermudah urusan pulang ke destinasi masing-masing.

“Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing.
“Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi,” ujarnya.

Tegaskan junjung prinsip demokrasi

Di kesempatan itu, Anwar juga mengulangi pendirian konsisten beliau dalam menjunjung prinsip demokrasi termasuk kebebasan bersuara, namun menekankan pentingnya kritikan disampaikan secara tertib dan beradab.

“Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat.
“Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air,” jelasnya.

Artikel lain: “Saya tak dijemput” -PM Anwar jawab soal kehadiran di himpunan pembangkang

Oleh itu, beliau menggalakkan rakyat menggunakan ruang wacana rasmi seperti Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen sebagai medan menyuarakan pandangan dengan lebih berstruktur dan berfakta.

Jadi, Anwar mengajak rakyat agar terus terlibat dalam usaha membina negara, bukan hanya di jalanan, tetapi di medan ilmu, pembangunan dan pemerkasaan masyarakat.

Malah, beliau turut menjemput orang ramai kembali ke ibu kota yang sedang melalui proses pemuliharaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Scroll to Top