Siti Saleha Umum Kini Hamil Anak Pertama

Siti Saleha Umum Kini Hamil Anak Pertama

Pelakon Siti Saleha akhirnya secara terbuka mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertamanya.

Siti Saleha Mohd Baharum, 35, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagramnya apabila menunjukkan gambar imbas bayi sambil memeluk suaminya, Joshua Fitton.

“Josh makan banyak jadi perutnya agak kembung (buncitjadi saya nak padankan perutnya dan perut saya,”tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Jelasnya, dia dan suaminya sudah lama menyimpah ‘rahsia’ mengenai kehamilannya itu.

Terdahulu, Saleha enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dirinya kini berbadan dua selepas sepotong video pendek memperlihatkan dirinya hadir pada acara Malaysia International Film Festival (MIFFest) baru-baru ini mencetuskan spekulasi apabila penampilannya yang menjadi topik perbualan hangat selepas didakwa kelihatan seakan-akan ‘baby bump’.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Berbadan Dua, Siti Saleha ‘Kunci Mulut’ – “Lepas Ini Saya Akan Cuti Panjang”

Scroll to Top