Pelakon Ruhainies berang apabila ada netizen menuduhnya mempunyai ‘sugar daddy’ serta mendakwa disebabkan itu dia tidak mendirikan rumah tangga lagi.
Menerusi hantaran di Insta Story, Ruhainies memuat naik gambar wanita berkenaan meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai individu itu.
BACA: Produk Kecantikan Dipuji Kaburkan Muka Ruhaines Dalam Iklan Ramadan

Menurut Ruhainies, individu itu mendakwa akaunnya digodam serta memohon maaf di atas kekhilafan. Malah, wanita itu berkata komen tersebut telah pun dipadam serta mengatakan dia mempunyai anak.
“Ada anak? Habis tu awak tulis dekat IG tu saya tak ada family ke? Fikir dia je? Saya nak tahu cerita dari mana sugar daddy tu. Senang betul buat duit ada orang bela,” katanya.

Bagaimanapun, Ruhainies mahu bersemuka dengan wanita berkenaan serta mahu membuat laporan di atas tuduhan tersebut.
Dalam satu hantaran, Ruhainies dilihat ada membalas mesej dengan wanita itu serta bersumpah bahawa dia tidak pernah dibela oleh sugar daddy seperti yang didakwa serta bertanya dari mana fitnah itu diperoleh.
“Saya nak buat report, saya nak jumpa awak. Awak cakap saya dapat elaun dari sugar daddy. Saya bersumpah demi Allah, saya tak pernah dibela oleh sugar daddy atau seangkatan dengannya seumur hidup. Dari mana awak dapat fitnah tu dan awak menfitnah saya hari ni depan umum,” tulisnya.