“Aku Tak Nak Saman Sebab Kau Tak Ada Duit!” – Aliff Syukri Tempelak Tindakan Diva AA Pijak Beg

“Aku Tak Nak Saman Sebab Kau Tak Ada Duit!” – Aliff Syukri Tempelak Tindakan Diva AA Pijak Beg

Usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan selepas beg jenamanya dipijak oleh pengacara kontroversi, Azwan Ali atau Diva AA, baru-baru ini.

Aliff menegaskan tindakan tersebut sangat keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi melibatkan produk hasil titik peluhnya.

“Jujur ini bukan gimik. Saya nak cipta Malaysian Book Of Record (MBOR), badan pula tak sihat dan anak-anak pun sama bersilih ganti tak sihat.

“Tengok Diva AA pijak beg, janganlah macam itu. Kalau tak suka dekat saya, bersemuka. Ini cakap saya menipu, scammer… tak seronoklah,” katanya kepada XTRA.

@xtra_my Wah, bestnya dapat jeruk mangga free! Bersempena hasrat untuk mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kategori “Kutipan Jualan Beg Tangan Terpantas Melalui Penstriman Langsung Di Malaysia” yang bakal berlangsung pada 3 Ogos ini, Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida turun padang agihkan jeruk mangga & tudung secara percuma di sekitar Masjid Jamek, pagi tadi. 😍 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida ditemui usai turun padang untuk memberikan jeruk manga dan tudung secara percuma bersempena kempen pecah rekod MBOR di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Walaupun kecewa, Aliff memilih untuk tidak membawa isu ini ke mahkamah kerana menganggap tindakan terbabit tidak berbaloi.

“Aku tak maafkan, sampai mati aku cari kau. Tapi aku tak nak saman sebab kau tak ada duit. Tak suka, jangan pijak saya, saya pun sakit.

“Ini kata keturunan saya tak elok pula, keturunan dia elok sangat ke?” luah Aliff.

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi keadaan kesihatannya yang merosot secara tiba-tiba hingga terpaksa mendapatkan suntikan kerana seluruh badannya naik tompok merah dan menggeletar.

“Ada orang kata saya kena jilat jin… Masa tengah live, badan saya menggeletar. Tak boleh bangun tidur, isteri bawa ke klinik dan saya kena cucuk dua kali,” katanya.

Aliff mengaku ini kali pertama dia alami situasi luar biasa dan berharap ia bukan angkara sihir.

“Saya tak pernah kena macam ni seumur hidup. Memang gatal luar biasa. Saya cuba kuatkan diri walaupun tak stabil jalan. Nampak normal sebab makeup.”

Aliff kini sedang dalam kempen untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi kategori jualan produk terpantas secara langsung di media sosial.

“Hari ini saya berkempen untuk pecahkan rekod MBOR, saya dan keluarga turun padang di sekitar Masjid Jamek. Siapa datang saya bagi jeruk mangga dan tudung percuma. Walau tak sihat, saya gagahkan juga.

@xtra_my Aliff Syukri teruja Siti Nurhaliza beri sokongan terhadap jenama lokal… Aliff pun ada letak sasaran untuk pecahkan rekod MBOR nanti, semoga berjaya tau! #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #aliffsyukri #teruja #tokti ♬ original sound – XTRA

“Kalau impian saya berjaya Ahad ini (3 Ogos), saya janji nak kongsi rezeki dengan anak-anak yatim. Insya-Allah, doakan saya,” katanya lagi.

Scroll to Top