Sultan Pahang Titah Wakil Rakyat Jangan Sibuk Berpolitik | Oh! Negara – Oh! Media

Sultan Pahang Titah Wakil Rakyat Jangan Sibuk Berpolitik | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Sultan Pahang titah wakil rakyat jangan sibuk berpolitik, tapi rajin turun padang bantu rakyat.


Satu titah yang penuh makna daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru agar semua wakil rakyat neger tidak terlalu leka dengan bermain politik.

Sebaliknya, baginda menitahkan supaya mereka lebih kerap turun padang untuk mendengar dan memahami keperluan rakyat di kawasan yang memilih mereka.

Titah baginda, sebagai seorang Ahli Yang Berhormat, mereka perlu sentiasa berada di kawasan masing-masing untuk merasai denyut nadi masyarakat, lebih-lebih lagi golongan yang hidup dalam kesempitan.

Saya lebih suka tengok setiap wakil rakyat sentiasa berada di kawasan mereka. Kita tumpukan kepada isu rakyat dan penuhi keperluan mereka.- Titah Al-Sultan Abdullah.

Sultan Pahang saran kerajaan dan pembangkang bersatu demi rakyat…

Pahang

Apa yang menarik perhatian juga adalah saranan baginda agar wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang duduk semeja dan bekerjasama untuk selesaikan isu rakyat. Bukan gaduh tak habis-habis sampai rakyat terabai.

Titah baginda, tak salah kalau ada sesi libat urus secara berkala, sebulan sekali pun dah cukup bagus untuk bincang apa yang tak kena dan cari jalan penyelesaian secara bersama.

Kita satu rumpun dan satu negeri serta harus anggap ini satu medan bersama untuk kita berjuang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Baginda turut mengingatkan supaya semua pihak tidak terlalu beremosi dalam berpolitik. Kalau asyik ikut emosi, yang rugi bukan wakil rakyat, tapi rakyat sendiri.

Sultan Pahang ingatkan peruntukan perlu adil untuk semua wakil rakyat…

Sultanpahang

Bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan, Sultan Pahang turut menyuarakan harapan supaya semua wakil rakyat, termasuk pembangkang, diberi pertimbangan sewajarnya untuk menerima peruntukan.

Titah baginda, walaupun mereka daripada blok pembangkang, mereka tetap dipilih oleh rakyat dan perlukan sokongan kewangan untuk membantu masyarakat setempat.

Baginda turut menyarankan agar kerajaan negeri mewujudkan saluran rasmi untuk rakyat, terutama di kampung-kampung, menyampaikan maklumat tentang keperluan mereka.

Sultan Pahang sentiasa bersama rakyat sejak muda…

Sultan pahang2

Sultan Pahang memang terkenal dengan sifat mesra rakyat dan tidak kekok untuk turun padang. Sifat ini baginda warisi daripada Paduka Ayahanda, Almarhum Sultan Ahmad Shah, yang juga sering mencemar duli ke seluruh negeri.

Saya utamakan rakyat apabila mereka susah tetapi saya tak mampu berkejar ke sana ke sini, mungkin saya hantar anakanda atau pegawai sebagai wakil. Sekadar mana yang kita mampu kita cuba bantu sedikit sebanyak.

Saya bukan nak cari sokongan, pujian mahupun tepukan tetapi selagi mana mampu, saya akan bersama rakyat, saya lakukan yang terbaiklah.

Baginda juga menzahirkan rasa terharu dengan sokongan padu rakyat terhadap baginda selama ini.

Pssttt! Ohmedia kagum dengan ketegasan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Sultan Pahang. Harapannya jelas, wakil rakyat mesti kembali kepada asas sebenar tugas mereka, iaitu berkhidmat untuk rakyat. Jadi, kepada semua YB, jangan sibuk sangat berpolitik sampai lupa tanggungjawab sebenar. Turunlah padang, dengar rintihan rakyat dan jadilah pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat.

Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top