Didakwa Tak Ada Duit, Azwan Ali Bidas Aliff Syukri! – “Kau Tunggu Pendedahan Sebenar”

Didakwa Tak Ada Duit, Azwan Ali Bidas Aliff Syukri! – “Kau Tunggu Pendedahan Sebenar”

Pelakon dan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kembali mencuri tumpuan selepas memuat naik respons terhadap kenyataan usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri yang menyentuh mengenai dirinya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali membidas dakwaan Aliff yang menyatakan dirinya tidak berduit.

“Aliff Syukri dan beberapa sifulan tersi\*l kononnya kata Diva AA tak ada duit,” ujarnya dengan nada sinis.

Dalam pada itu, Diva AA itu turut memberi bayangan akan mendedahkan sesuatu dipercayai berhubung usahawan terbabit.

“Kau tunggu saja pendedahan sebenar,” katanya tegas.

Terdahulu, Aliff meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Azwan yang dilihat memijak beg tangan keluarannya.

Namun begitu, Aliff menyatakan dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kerana beranggapan bekas pengacara popular itu tidak mempunyai kemampuan kewangan.

@divaaavazztersohor

#fyppp BUTOHHHH 🖕🖕🖕🖕🖕

♬ original sound – Osman Johar🇲🇲💞🇲🇾 – Osman Johar🇲🇲💞🇲🇾

Scroll to Top