Pempengaruh Elcah tampil menjelaskan bahawa sahabat baiknya iaitu penyanyi Syada Amzah bukanlah perosak rumah tangga seperti yang didakwa oleh suaminya baru-baru ini.
Kata Elcah, tindakan yang ditunjukkan Syada itu hanyalah inisiatif seorang rakan terhadap rakannya dan kenyataan yang dibuatnya ini adalah untuk menjernihkan nama baik Syada.
“Dekat sini saya nak clearkan nama kawan baik saya Syada Amzah. Saya rasa mungkin ada salah faham disini. Mungkin sebab Syada orang tengah dalam pergaduhan saya dengan si polan.
“SA adalah si polan, bukan Syada Amzah. Saya rasa ramai pun tahu Syada is trying to help both of us tapi ada beberapa pihak salah faham dan buat headline tak ada kena mengena.
“Saya disini mohon maaf atas nama kawan baik saya yang telah salah faham.
“Saya harap semua yang babitkan Syada disini tolong take down dan saya baik baik sahaja dengan Syada dan keluarga.
“Kami dah kawan hampir separuh umur kami seperti adik beradik. Terima kasih semua jangan babitkan Syada,” katanya.
Perkara itu dikongsi Elcah menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.





