am@hmetro.com.my
Batu Pahat: Pakatan Harapan (PH) menggunakan pendekatan platform media sosial serta turun ke lapangan (ceramah) sebagai strategi kempen gabungan itu sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.
Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua pendekatan itu diambil bagi membolehkan PH mendekati pengundi serta memberi penerangan berdasarkan fakta dan bukannya fitnah.
“Kita mengimbangi kedua-dua platfrom (turun ke lapangan dan media sosial) supaya segala manisfestasi untuk rakyat dapat disampaikan dengan lebih tepat.
“Insya-Allah kempen kita akan bermula esok selepas penamaan calon dan kita akan bergerak ke semua lokasi dan menemui seramai mungkin pengundi,” katanya pada sidang media selepas hadir di Program Hasrat MADANI di pekan Senggarang, malam ini.
Hadir sama, calon PH yang mewakili PKR DUN Senggarang, Onn Abu Bakar.
Berkenaan Program Hasrat MADANI, Fahmi berkata, pihaknya memberi peluang kepada penduduk setempat serta mendengar masalah dihadapinya.
“Kerajaan MADANI merupakan sebuah kerajaan yang berjaya membantu menyelesaikan banyak masalah, mempercepat projek yang sebelum ini.
“Tadi saya ada jumpa seorang anak muda yang baru kehilangan pekerjaan, insya-Allah kita akan bantunya mendapatkan pekerjaan baru,” katanya.
Ditanya mengenai manifesto PH, Fahmi berkata, ia akan diluncurkan dalam masa terdekat.
“Manifesto PH akan dikemukakan kepada pengundi bangsa Johor berdasarkan fakta dan usaha akan dikelolakan oleh gabungan ini,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




