Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, kini dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut kiri ketika berada di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok miliknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, berkongsi usahanya mencuba rawatan tradisional di Batu Gajah dalam usaha mempercepatkan proses penyembuhan.
Menurut Cik B, dia berikhtiar sedaya upaya untuk sembuh segera agar tidak membebankan orang di sekelilingnya.
“Hari ini mama bawa Cik B ke Batu Gajah, jumpa ‘Bomoh Tulang’. Cuba cara kampung pula. Tak salah nak berusaha. Rawatan moden kita dah buat, yang tradisional pun kita cuba juga.
“Cik B memang nak sembuh cepat sebab banyak kerja tergendala lepas jatuh.
“Cik B juga tak mahu susahkan orang sekeliling, asyik kena tolak ke sana sini. Tak nak susahkan mama dan Kacak,” katanya.
@cikb_salmon_saltedegg_hq Kita cuba try test #cikb #tiktokmalaysia #fyp
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menitipkan doa agar Cik B kembali pulih seperti sediakala dan terus dipermudahkan segala urusan.




