Kematian Zara Qairina, tiada siapa dilindungi – KPM

Kematian Zara Qairina, tiada siapa dilindungi – KPM

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tiada siapa akan dilindungi berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, pada 17 Julai lalu.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya memberi sepenuh perhatian berhubung kes berkenaan dan tindakan akan diambil berdasarkan laporan siasatan yang dibuat oleh pihak polis.

“Setakat ini kita menunggu laporan penuh yang dibuat oleh pihak polis dan sebaik diperoleh, kita di peringkat KPM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan laporan berkenaan.

“Kita tidak akan berlengah dalam kes ini dan saya beri jaminan tiada siapa yang akan dilindungi sebaliknya kita memberi sepenuh perhatian dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester Satu Tahun 2025, di sini, hari ini.

Zara Qairina, 13, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar, Sabah pada 4 pagi, 16 Julai.

Pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top