Penat merompak, pencuri tumpang tidur hingga pagi

Penat merompak, pencuri tumpang tidur hingga pagi
Pajri sudah lama menyasarkan rumah tersebut yang sering ditinggalkan pemiliknya. Foto Agensi

Pajri sudah lama menyasarkan rumah tersebut yang sering ditinggalkan pemiliknya. Foto Agensi

JAMBI – Seorang pencuri sempat menumpang tidur di rumah yang menjadi sasaran rompakannya kerana terlalu penat.

Pelaku dikenali sebagai Pajri, 19, merupakan warga Desa Setiris, Kecamatan Maro Sebo, Muaro Jambi, Provinsi Jambi, Indonesia pada Selasa lalu.

“Dia selamba berbaring di atas katil milik pemilik rumah tersebut dan nyenyak tidur hingga pagi,” kata jurucakap Kapolsek Jambi Timur, AKP Edi Mardi Siwoyo.

Kejadian itu disedari pemilik rumah ketika dia datang untuk memeriksa rumah tersebut dan melihat pintu dalam keadaan terbuka.

“Dia kemudiannya memanggil jiran tetangga dan membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hasil siasatan awal mendapati pelaku memang sudah lama menyasarkan rumah tersebut yang sering ditinggalkan pemiliknya,” jelas Edi lagi.

Suspek yang juga seorang penganggur sudah ditahan di Polsek Jambi Timur dan didakwa atas tuduhan mencuri.

Dia mempunyai rekod jenayah berkaitan kecurian dan pernah dipenjara selama lapan bulan. – Agensi

 

 

Scroll to Top