Usahawan dan personaliti media sosial, Nina Ismail Sabri memuji penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika berdepan momen menjanggalkan di malam Anugerah Melodi Terhangat 2025, Ahad lalu.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan ibu anak dua berusia 31 tahun itu sebagai seorang wanita yang tetap tabah dan kekal profesional walaupun berdepan situasi sukar.
“Dia (Bella Astillah) semestinya sudah ‘move on’, tetapi mereka yang pernah rasa saja tahu yang kita boleh memaafkan atau melangkah kehadapan tetapi tidak melupakan.
“Dia tetap tenang dan profesional walaupun sedar dirinya sengaja dicampak ke dalam situasi yang memalukan. Satu tindakan yang wajar dipuji, tahniah Bella,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Dah Lama ‘Mati Rasa’ Sebelum Cerai, Nina Ismail Sabri Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’
Sebelum ini, malam Anugerah Melodi Terhangat 2025 menjadi topik perbualan hangat di media sosial susulan momen penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyampaikan kategori wanita feminin yang dimenangi oleh aktres, Sophia Albarakbah.
Mempunyai kisah silam yang mendukakan, Bella yang kelihatan trauma di atas pentas seakan sukar menyebut nama Sophia sebagai pemenang.
Susulan itu, pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq mendedahkan selebriti itu menggigil dan masih trauma dengan perkara yang terjadi yang hanya diketahui oleh rakan terdekatnya sahaja.
Artikel Berkaitan: PA Dedah Bella Astillah Menggigil, Trauma Berdepan Sophia Albarakbah – “Kawan Terdekat Tahu Apa Dia Buat…”
Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rasa Kena Sindir Pun” – Sophia Albarakbah Tak Rasa Kekok Terima Trofi, Ketiadaan Bella Astillah Di Sidang Media Timbul Tanda Tanya




