Seorang duda berusia 40-an menerima padah selepas dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan sekitar jam 12.30 tengah malam semalam.
Menurut laporan Harian Metro, lelaki terbabit dikesan menyelinap masuk ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah atas urusan kerja luar kawasan.
Lebih mencurigakan, motosikalnya ditinggalkan jauh dari lokasi kejadian untuk mengelakkan dihidu oleh jiran mahupun pihak berkuasa.
Kenal masa joging, terus jadi kekasih gelap?

Menurut JAINJ, pasangan berkenaan mula berkenalan ketika berjoging di sebuah tasik sejak tahun lalu.
Hubungan mereka semakin rapat melalui WhatsApp sehingga akhirnya bertukar menjadi cinta terlarang tanpa pengetahuan suami wanita terbabit.
Lelaki itu tinggal berhampiran dan sudah bercerai beberapa tahun lalu. Mereka berhubungan secara senyap sebelum dicekup.
Cuba lari ikut belakang tapi gagal, anak siap ada dalam rumah
Ketika serbuan dijalankan, anak perempuan wanita itu yang masih kecil turut berada di dalam bilik. Lelaki terbabit sempat cuba meloloskan diri melalui pintu belakang, namun gagal apabila anggota penguat kuasa sudah siap menanti.
Pasangan itu kini disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Pssttt! Jangan gadaikan maruah dan rumah tangga hanya kerana godaan sesaat. Ingatlah keluarga!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




