Pempengaruh media sosial, Cik Epal mengejutkan ramai apabila berjaya membawa pulang trofi dari Anugerah Melodi Terhangat 2025!
Menerusi hantaran di media sosial, influencer yang hangat dengan konflik rumah tangga ini sempat ‘mengusik’ pengikut setianya yang dipanggil piranha belaan.
“Hidup walapel” – Cik Epal menang anugerah

Cik Epal berterima kasih di atas sokongan yang padu dari dulu hingga sekarang.
Letak lah link hape pon, laju je depa menyambar. Terima kasih semua yang undi. Aku sangat hargai semua followers aku yang undi dan support aku dari dulu sampai sekarang. Tanpa korang siapa lah aku.
Kekal jadi diri sendiri, tak kisah menang atau tidak

Dalam nada santai dan penuh jenaka, Cik Epal juga sempat berpesan bahawa anugerah hanyalah bonus, dan dia tetap akan jadi dirinya yang ‘gonjeng’ seperti biasa.
Dapat award ke idok, aku tetap akan jadi Cik Epal gonjeng seperti biasa. Haderrr! Hidup walapel!
Terdahulu, nama Cik Epal hangat diperkatakan apabila bercerai dengan suaminya, Jofliam. Drama antara mereka berterusan sehinggalah kecoh kes bercakaran dengan isteri baru Jofliam, iaitu Dewi yang dikatakan perosak rumah tangganya.
Pssttt! Walaupun gaya Cik Epal nampak selamba dan lawak, tapi jelas dia sangat hargai pengikut yang sentiasa beri sokongan. Fuh terbaik piranna belaan!
Kredit: Instagram Cik Epal
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.