Bayi lelaki berbalut kain pelikat ditemukan di pondok bas | Harian Metro

Bayi lelaki berbalut kain pelikat ditemukan di pondok bas | Harian Metro

am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Bayi lelaki sempurna dan cukup sifat dalam keadaan masih bernyawa ditinggalkan di pondok bas di Jalan Lama Kulim menghala ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, hari ini.

Penemuan bayi itu oleh orang awam jam 1 tengah hari tadi sebelum membuat laporan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan berbalut kain pelikat dan hanya diletakkan di atas lantai.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zaizul berkata, pihaknya sedang membuat siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang meninggalkan bayi berkenaan.

Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh atau menghubungi talian 09-7862005.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top