“Dia Beria ‘Call’ Suami Saya..” – Individu Anggap Sophia Dan Alya Iman ‘Sekufu’, Ungkit Kisah Lama

“Dia Beria ‘Call’ Suami Saya..” – Individu Anggap Sophia Dan Alya Iman ‘Sekufu’, Ungkit Kisah Lama

Oh! Artis

Video Sophia Albarakbah & Alya Iman tular, netizen dakwa sekufu dan ungkit kisah lama.


Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Sophia Albarakbah dan Alya Iman berada dalam kereta selepas menghadiri sebuah acara, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Penampilan mesra kedua-dua selebriti ini membuatkan ramai netizen meninggalkan komen, termasuk ada yang melabel mereka sebagai ‘sekufu’.

BACA: “Dah Berapa Tahun Punya Kes, Kenapa Angkuh Sangat” – Sophia Albarakbah

Namun, di sebalik kemesraan itu, muncul pula komen panas daripada seorang individu yang mendakwa Alya pernah cuba mengganggu hubungan pertunangannya suatu ketika dahulu.

Dakwaan ‘call dan text non-stop’

Alya Iman

Menurut individu tersebut, perkara itu berlaku sebelum Alya bergelar artis, ketika dia masih menjadi model hijab dan tinggal bersama arwah ayahnya di Shah Alam.

Individu itu mendakwa Alya sering menghubungi tunangnya tanpa henti meskipun tahu lelaki itu sudah berpunya.

Alya Iman

Katanya, pada ketika itu tunangnya yang kini bergelar suami membantu bapa Alya dalam urusan organisasi tertentu.

Dia bagaimanapun berdoa supaya semua pihak yang pernah melakukan kesilapan dapat berubah ke arah kebaikan.

Pssttt! Lumrah dunia hiburan, setiap kemunculan pasti ada cerita di sebaliknya. Apa pun, semoga semua pihak memilih untuk berdamai dan melangkah ke depan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top